Aku pun manusia yang punya kisah hidup sendiri. Dari apa yang aku tahu; aku sedar, aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Jadi aku bersyukur. Masih berbaju dan masih diberi duit belanja harian.
Bukan hal keluarga yang aku nak ceritakan tapi persahabatan yang hancur disebabkan aku. Aku yang bodoh. Aku yang kejam. Aku terasa dengan apa yang kau cakap. Jadi aku beralah. Aku tak mahu lagi ganggu persahabatan yang sedia ada. Aku cukup terasa. Mungkin bagi kau, aku cuma orang luar. Orang asing yang datang untuk menghacurkan persahabatan ni. Tapi tak. Aku sayang kau. Aku sayang semuanya.
Bukan soal perangai, bukan soal duit tapi rasa sayang yang korang semua kongsikan. Terima kasih untuk semuanya. Biarlah aku pergi. Mencari kebahagian untuk diri sendiri. Maafkan segala kesilapan dan kesalahan mahu sengaja atau tak. Terima kasih.