selagi aku boleh sabar, aku sabar.

ke sana dicaci, ke situ diperli. apakah aku disumpah atau adakah benar aku manusia tiada perasaan? aku pilih diam walau hakikatnya sakit.

cukup 3 tahun aku terseksa. seksanya tiada kawan. bila kau ke sekolah, dengan harapan ada kawan walau seorang sekali pun, datang menegur atau ajak sarapan bersama tapi tak ada seorang pun yang datang. sedih? apa kau faham maksud sedih? bila kau cuba berbuat baik tapi apa yang mereka nampak hanya keburukan kau. sakit hati. apa kau faham maksud sakit hati?

aku tak pergi sekolah dua hari. jumaat dan sabtu. aku lagi suka pergi tuisyen. bagi aku, walaupun aku malas tapi sebab ada kawan, dari menyampah boleh jadi minat, dari benci boleh jadi suka. aku diam. aku cuba bagi peluang untuk tah ke berapa kali. terima kasih sebab tak hargai! jadual trial yang bagi semua orang penting untuk persediaan awal pun engkau buat tak heran. aku sakit engkau tak tahu. aku sedih engkau tak kesah. aku ponteng kau suka. aku tak datang wah seronok tak terkata. walaupun engkau sorok semua tu, aku nampak semuanya. sebab dah 3 tahun. aku dah cukup kenal. sedihnya tak ada kawan dekat sekolah. sedihnya bila cikgu siasat kes aku kau boleh cerita benda lain. sedih sampai tahap lantak pi kau buat aku malas nak pergi sekolah. pernah engkau tahu? tak. sebab apa? sebab jauh dari aku lagi bagus dari kawan dengan aku. judgemental.


aku perempuan dan aku pun pernah rasa suka seseorang. tapi aku geli. entah kenapa tapi aku geli. aku kawan macam biasa. tak lebih tak kurang. aku bukan cuba merampas tapi aku pun nak hidup bahagia. dia bukan milik aku dan dia bukan milik kau. pendek cerita, jumpa dia tanya sendiri. curious kan.


aku tak pakai spek buat masa sekarang ni sebab dah hilang. memang padan pun dengan link blog.


dah lama pendam, minta maaf.


al-fatihah buat arwah mama.

No comments: