pergh tajuk!
Perasaan takut, berdebar-debar, kecewa, nak menangis daaann nak menjerit bercampur menjadi satu, menular perlahan-lahan dalam diri. Keadaan sekeliling yang tak lagi macam dulu, takde papan tulis, meja guru, kerusi meja plastik yang digantikan dengan suasana yang sejuk dek kerana penyaman udara, cahaya matahari ditutup dengan langsir biru, jarak meja yang sungguh jauh mengganggu ketenangan hati aku.
Aku memandang sekeliling. Suasana semakin sunyi. Aku hanya tunduk. Terasa berat hendak bersuara. Aku takut. Bukan takut. Entah. Aku tak pasti dengan apa yang aku rasa, sama ada takut atau dah sedia. Hari ini, 2 hari bulan Julai 2013, aku jawab peperiksaan kemahiran quran. Aku tak mampu nak jawab pertanyaan kawan-kawan aku yang lain. Bukan tak mampu tapi takut. "Susah tak tadi?" Allahuakbar!
Terkenang waktu pagi sebelum ke sekolah, aku sebak selepas bersalaman dengan mak dan abah. "Jawab elok elok kak" menangis. Aku tak yakin. Mungkin aku tak dapat apa yang aku impikan atas sebab kecuaian aku sendiri. Otak dah ready nak buat itu ini tapi kejamnya hati...
Aku berjanji untuk tidak ulang perkara yang sama. Cukup sekali terasa sebak di awal pagi sebelum peperiksaan. Aku tak mahu ulang. Tak akan ulang. "Macam mana nak berjaya kalau tak bantu diri sendiri." Aku ingat sampai mati.
Tak dapat straigh A's tapi cukuplah lulus semua subjek.
Sebab mak tahu kelemahan aku.
Tapi siapa yang nak 7a2b?
Kan?
Hari ini, aku berjanji! Oh, aku sudah berjanji.
InsyaAllah.
:)
No comments:
Post a Comment